Zidna Z.N |
Bak kotoran yang menempel di wajah, ada beberapa noda hati yang harus dibersihkan daripada wajah hati kita. Perlu dibersihkan segala noda itu daripada terus menebal di hati agar hati selalu tenang. Dengan hati yang tenang wajah juga pasti akan nampak awet muda dan berseri-seri
.
1. Noda Buruk Sangka
Buanglah noda ini seawal mungkin. Jangan sesekali dibiarkan noda ini terus
menebal di hati kerana noda ini akan meninggalkan bekas yang susah
sekali untuk dihilangkan apabila ia semakin berkarat di hati. Basmi noda
ini dengan sikap saling percaya dan menerima. Saling percaya akan
mengasuh hati supaya tidak mudah berfikir negatif terhadap saudara,teman atau
rakan dakwah
Apabila noda ini dapat dibersihkan daripada dasar hati, kita akan menjadi seorang yang tidak mudah menjatuhkan hukuman dan menilai secara sesuka hati
terhadap orang lain yang tidak sependapat dengan kita. Sebaliknya, kita
akan menjadi seseorang yang lebih mengutamakan baik sangka kerana
menyedari betapa selama dia menjadi seorang muslim maka dia adalah
saudara.
.
2. Noda Cinta Dunia & Panjang Angan-Angan
Hapuskanlah
noda ini dengan menyadarkan diri akan takutnya kematian yang mungkin
datang secara tiba-tiba. Kecintaan kepada hidup didunia akan menggiring
kita kepada keterlenaan dan ketidakwaspadaan. Diri akan terjerat dalam
sangkar alpa yang merasakan seakan hidup kita di dunia ini tidak akan
bernoktah.
Kerana
alpa, kita melalui dan menganggap hidup hanya masalah senang-senang
sahaja, tanpa pernah tahu bagaimana cara memaknakan dengan lebih
berharga. Hidup sarat dengan memupuk angan-angan setinggi gunung
yang menjulang. Seolah tidak pernah ada kata mati. Hidup dan terus
hidup. Senang dan bahagia selalu tanpa ada kesedaran bahawa akan tiba
masanya jiwa direnggut dari raga. Tidak pernah terfikir membuat
persiapan menghadapi saat roh terpisah dari jasad.
.
3. Noda Bangga Diri
Bersihkan
wajah hati daripada noda ini dengan mengingati betapa segala yang kita
miliki adalah kurnia Allah SWT dan rasa takut terhadap bahaya yang
menimpa sesudahnya. Yakinlah diri takut terhadap bahaya yang menimpa
sesudahnya. Yakinlah diri bahawa segala yang kita banggakan hanyalah
pinjaman daripada Allah. Ia bukan mutlak milik kita, tetapi hanyalah pinjaman.
karunia
yang diberikan kepada kita jangan kemudian menyebabkan kita menjadi
sombong, tetapi seharusnya membuat kita sentiasa bersyukur atas
kelebihan yang dimiliki.
Sadarkan hati bahawa akan ada bahaya yang akan menimpa kerana kesombongan hati.
Didik hati dengan seikhlas rasa agar tidak mengarah kepada kesombongan
yang boleh membawa kepada kehancuran. Kuatkan kesadaran itu, agar hati
selalu tenang. Tidak mudah berbangga diri dan merasa lebih tinggi
daripada orang lain. Hindari daripada kesombongan , riak dan takkabur
yang boleh menjerumuskan diri ke alam kemurkaan Allah SWT.
4.Noda Meremehkan & Kurang Menghargai Orang Lain
Sikap ini
sangat penting untuk dibersihkan daripada hati kita. Kebiasaan
masyarakat umum seringkali memandang manusia berdasarkan pakaian yang
dipakai, pendidikan, kelulusan akademik yang dimilikinya dan perhiasan
mewah yang menghiasi tubuh.
Noda ini
akan menjadikan seseorang itu sering lupa diri sehingga bertemu dengan
orang yang sederhana, tidak terlalu menyerlah penampilannya, mereka akan
cenderung untuk memandang rendah.
Sekarang coba tanya diri sendiri, mana yang lebih kita pandang. Orang yang mempunyai ijazah atau hanya pelajar keluaran sekolah pondok? Cuba jawab dengan jujur
Kita akan
mengetahui jawabannya, apakah kita sedang terkena noda ini atau tidak.
Tepislah noda ini dengan mengenali hak dan kehormatan mereka. Siapapun
dia, dia berhak mendapatkan penghormatan yang selayaknya, juga
diperlakukan sama dengn orang lain.
.
5. Noda Dengki
Noda ini
memang sangan menular dalam kalangan golongan remaja. Terutamanya
apabila melihat kawan-kawan mereka mendapat kebahagiaan dan sesuatu
kelebihan, mereka akan merasa iri hati dan dengki dengan kenikmatan
itu.
“Kenapa bukan saya? Kenapa dia?”
Bersihkan noda ini dengan sikap rela dan menerima pemberian Allah SWT.
Syukuri dan relakan apa yang sudah dikurniakan Allah SWT, sebagai
nikmat terindah. Yakinlah bahawa apa yang dimiliki sekarang adalah apa
yang sesuai dengan diri kita saat ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar